Friday, November 29, 2013

25 weeks

Alhamdulillah, usia baby dlm rahim ummi da 25 minggu.. makin aktif, makin kuat tendangan dan tumbukan padu baby.. senyum sorg2 ummi time buat keja kat opis.. rasa owh cumelnya kamu baby.. cant wait nak hug n kiss u.. x sabar jugak ummi nak shopping barang2 kamu.. daddy je sabarkan ummi.. daddy kata tunggu bulan 12, nnt ada year end sale.. leh la shopping banyak sikit barang2 baby.. time tu baby pon da nak masuk 7 bulan kan.. doa ummi selalu agar Allah senantiasa pelihara dan lindungi baby.. daddy n ummi love u so much baby.. 15 weeks to go.  semoga segalanya dipermudahkan. Amin

Saturday, November 23, 2013

Kata2 pengenalan :)

Assalamualaikum..

1st entry untuk new blog. Tujuannya adalah untuk mencatat segala perjalanan dan proses kehamilan, saat dan tika bersalin dan proses membesarkan anak-anak. Zuriat adalah rezeki dan kurniaan Allah yang tidak ternilai untuk setiap pasangan suami isteri. Same goes to us. Selepas menyambut ulangtahun perkahwinan ke 4 dan bercuti ke Sabah, sebulan lepas tu Alhamdulillah kami mendapat berita gembira. InsyaAllah bakal bergelar Daddy dan Ummi in March 14. Pengalaman 2 kali keguguran sebelum ni sedikit sebanyak mempengaruhi ummi. Sangat fobia untuk melaluinya lagi.. 4 bulan pertama kandungan kami diuji, 3 kali mengalami bleeding. Alhamdulillah selepas kali terakhir bleeding tika usia janin 13 minggu dan ummi mendapatkan suntikan hormon, selepas tu segalanya berjalan dengan lancar. Uri dah naik ke atas, hb ok, bp ok, loya2 dah kurang dan selera makan pon bertambah baik. Mudah-mudahan kandungan ini dipermudahkan Allah, sihat dan sempurna, dan dipermudahakn ketika bersalin nanti. Esok genap usia baby di dalam rahim ummi 6 bulan @ 24 minggu. Tak sabar nak peluk dan cium dia lagi 3 bulan lbh.. Ya Allah, alangkah bahagianya saat itu. Scan ms 4 bulan dan 5 bulan ari tu, x nampak bebird walaupon baby da kangkang baik punye.. heee.. so, Dr cakap da boleh beli baju pink2 da.. apapon, 7 bulan nnt ummi nak tengok lagi.. Anak ummi ni betul ke gugurl. Ummi x kesah pon girl ke boy. Asalkan sihat dan sempurna sudah cukup bagi ummi dan Daddy.  Baby baik2 ye sayang di dalam tu.. Tendang2 selalu pon x pe. Ummi suka :). Esok ummi checkup kat Klinik Kesihatan, semoga segalanya baik2 aja..